Friday, May 9, 2008

Manusia....

Manusia....
A pandai...B tak pandai..
A cantik...B tak cantik..
A kurus... B tak kurus..
A gelap..B tak gelap...
Manusia nampak tiap manusia itu unik..tiap manusia itu ada ciri2 tersendiri...tiap manusia dgn manusia itu berbeza....
of courselah ada perbezaannya kalau lelaki dan perempuan...tua dan muda... cina dan india... org putih dan orang africa.. ..

taapii......

selagi mana mereka itu muslim...mukmin...mereka sama sahaja di sisi Tuhan mereka...yg membezakan mereka adalah iman dan taqwa...yg mana manusia tidak boleh ukur..tidak boleh nampak.tidak boleh baca..
yg membezakannnya kalau....
kalau dia bukan muslim..
muslim dan bukan muslim.... itu bezanya..


Aku..
aku tidak berani kata aku lebih baik dari dia...
aku tak berani ckp aku lebih dekat dgn Tuhanku dari dia...
aku tak berani...

sebab aku belum mati...
selagi aku belum mati....selagi itu...segalanya mungkin..
aku takut...aku tak mahu oh Tuhan..mohon Kau pelihara diriku oh Tuhan...

" ...sesungguhnya ada seorang di antara kalian yg senantiasa beramal dgn amalan penghuni syurga hingga jarak antara keduanya tinggal sehasta, namun ketetapan Allah mendahuluinya, lalu ia melakukan amalan penghuni neraka hingga ia masuk ke dalamnya,

dan sungguh ada seorang di antara kalian yg senantiasa beramal dgn amalan penghuni neraka hingga jarak antara keduanya tinggal sehasta, namun ketetapan Allah mendahuluinya, lalu ia melakukan amalan penghuni syurga hingga ia masuk kedalamnya..." [Hadis 4 dr Hadis 40]

Seperti kisah pelacur yg masuk syurga kerana memberi minum kepada anjing yg kehausan... dan seperti kisah seorang yg masuk neraka kerana mengurung dan menganiaya seekor kucing...

Siapalah aku untuk men'judge' orang...
kau dan aku....
kita sama....
yg tahu perbezaannya..hanyalah Yang Maha Mengetahui...

1 comment:

Panglima Kungfu said...

Allah jadikan di dalam naluri dan keperluan jasmani itu kemampuan untuk menimbang-nimbang, mana perbuatan yang maksiat dan mana perbuatan yang baik (taqwa), sebagaimana firman-Nya:

"..lalu memberikan kepada jiwa manusia potensi untuk mengerjakan yang maksiat dan yang taqwa"
(Asy-Syams 8).

*****

Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menciptakan akal bagi manusia. Dan di dalam tabiat akal diciptakan kemampuan memahami serta mempertimbangkan. Oleh kerana itu, Allah telah menunjukkan kepada manusia jalan yang baik dan yang buruk, sebagaimana firman-Nya:

"Telah kami tunjukkan kepadanya dua jalan hidup (baik dan buruk)" (Al-Balaad 10).